Khamis, 31 Mei 2012

PETUA BAGI MENGURANGKAN KESAN CUACA PANAS

Saya difahamkan petua ini diamalkan oleh buruh-buruh India yang bekerja membina jalan raya.

Semasa menanak nasi, jerang air. Ketika air dalam periuk nasi mendidih; keluarkan air didihan nasi ke dalam cawan dengan menggunakan senduk.

Sekiranya dua cawan air didihan nasi diambil; maka gantikan dengan dua cawan air panas daripada cerek dan masukkan ke dalam periuk nasi. 

Minum air didihan nasi apabila sejuk. Selamat Mencuba.

2 ulasan:

Cikli berkata...

Berguna untuk org kerja tgh panas ceng-ceng ni.

Tho Ha berkata...

Di pejabat officemate mengeluh apabila aircond rosak. Tapi sy selamba je.