Selasa, 26 Februari 2013

MADU ATASI LUKA

Madu lebih manis berbanding gula, namun madu mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan berbanding gula kerana kandungan gula yang tinggi di dalam madu membantu menyembuhkan luka, seterusnya membuatkan bakteria sukar untuk terus hidup dan membiak.

Sapukan madu pada luka, ia akan mempercepatkan proses penyembuhan.

( Sumber : Icip-Icip Agro 26.02.2013 )

RAWAT MATA KERING

Kaya dengan serat dan potasium yang baik untuk jantung. Manfaat pisang sebagai terapi alternatif bagi sesiapa yang mengalami masalah mata kering.

Caranya ialah dengan memakan pisang setiap hari bagi membantu meredakan kepedihan akibat mata kering.  Kandungan potasiumnya membantu mengendalikan pengeluaran cecair pada sel tubuh.

( Sumber : Icip-Icip Agro 26.02.2013 )

CEGAH KULIT MELEPUH

Teh bukan sahaja menjadi penyejuk badan, bahkan mampu juga menjadi pelembap. Teh mengandungi pelembap yang boleh mengurangkan kesan radang pada kulit.

Cara mudah, letakkan kantung teh celup yang sejuk pada bahagian terbakar selama 20 minit untuk membantu mencegah kulit melepuh dan meredakan rasa sakit pada bahagian tersebut.

( Sumber : Icip-Icip Agro 26.02.2013 )

Rabu, 13 Februari 2013

KEKALKAN KESEGARAN DAUN SADERI

Cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran daun saderi adalah dengan cara membungkus daun tersebut di dalam kertas aluminium dan masukkan ke dalam peti ais. Ia mampu bertahan selama seminggu.

( Sumber : MegaMode 11.01.2013 )

SANDWICH BASAH

Bagi mengelakkan sandwich menjadi basah sewaktu anda ingin membawanya pergi berkelah, bungkus salad dan perasa dalam bekas berasingan.  Campurkan kesemua bahan tersebut hanya apabila anda ingin menjamu selera.

( Sumber : ModeMega 11.01.2013 )

AGAR TELUR DIPOTONG TIDAK HANCUR

Sewaktu ingin memotong telur rebus, cuba basahkan sedikit pisau bagi memudahkan telur dipotong dan tidak mudah hancur atau letakkan sedikit minyak masak di mata pisau.

( Sumber : ModeMega 11.01.2013 )

ELAK BAWANG PUTIH MELEKAT

Apabila mencincang bawang putih, taburkan sedikit garam untuk mengelakkan cincangan bawang daripada terlekat di bahagian mata pisau mahupun di papan pemotong.

( Sumber : MegaMode 11.01.2013 )