Selasa, 12 Mac 2013

BUBUR KACANG LEBIH ENAK

Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.  Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang dua jam supaya kacang cepat kembang dan lebih cepat dimasak.  Masukkan sedikit biji sagu untuk memekatkan bubur kacang.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

CARA MUDAH KUPAS KENTANG

Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebus selama lima minit atau sehingga hampir empuk.  Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya.  Hasilnya, kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

HILANGKAN BAU IKAN AIR TAWAR

Bersihkan ikan dengan air asam jawa.  Kemudian ratakan cuka pada ikan.  Bilas dengan air bersih.  Bolehlah dimasak mengikut cara anda.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

Jumaat, 8 Mac 2013

REBUNG TAHAN LAMA

Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama, celur rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk. Tos airnya dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup. Isikan bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )

MELEMBUTKAN DAGING

Campurkan beberapa helai daun nangka dalam masakan daging.  Biarkan seketika dan daging akan lebih lembut dan mudah dimakan.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )

UDANG TAHAN LAMA

Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk menjadikan ia tahan lebih lama, campurkan dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa hari. Selamat mencuba.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )