Sabtu, 29 Jun 2013

PETUA HILANGKAN BAU BADAN

(a)            Apabila anda mandi, sila amalkan menggosok kedua-dua belah ketiak dengan lutut. 

(b)           Gumpal beberapa daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan air hijau.  Sapukan air sirih pada kedua-dua belah ketiak sebelum mandi.  


(c)           Ambil tiga atau empat biji limau nipis.  Potong semua limau nipis dan gosok limau nipis pada ketiak dan bersihkan dengan air.  


(d)           Ambil beberapa pucuk daun jambu batu dan tumbuk sehingga lumat.  Kemudian gosokkan pada ketiak sebelum mandi dan biarkan beberapa minit dan bersihkan dengan air bersih.


(e)          Ambil beberapa biji pisang yang sudah masak dan kupas kulitnya. Kulit pisang tersebut disapukan pada celah-celah ketiak selama beberapa minit sebelum mandi. Basuh dengan sabun ketika mandi.


(f)          Gosok kedua-dua belah ketiak dengan belakang tapak tangan setiap kali mandi.


(g)          Sapu sedikit kapur makan pada kedua-dua belah ketiak sebelum mandi.  Biarkan 15 minit dan bersihkan dengan air.


Sebaiknya petua / petua-petua diatas diamalkan setiap hari.


( Sumber : Harian Metro 27.06.2013 )

Selasa, 12 Mac 2013

BUBUR KACANG LEBIH ENAK

Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak terlebih dahulu sehingga sedikit garing dan berbau wangi.  Selepas itu, rendam kacang dalam air lebih kurang dua jam supaya kacang cepat kembang dan lebih cepat dimasak.  Masukkan sedikit biji sagu untuk memekatkan bubur kacang.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

CARA MUDAH KUPAS KENTANG

Basuh kentang terlebih dahulu, kemudian rebus selama lima minit atau sehingga hampir empuk.  Sejukkan dan kemudian kupaslah kulitnya.  Hasilnya, kentang lebih cantik dan mudah mengupasnya.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

HILANGKAN BAU IKAN AIR TAWAR

Bersihkan ikan dengan air asam jawa.  Kemudian ratakan cuka pada ikan.  Bilas dengan air bersih.  Bolehlah dimasak mengikut cara anda.

( Sumber : Icip-Icip Agro 12.03.2013 )

Jumaat, 8 Mac 2013

REBUNG TAHAN LAMA

Untuk menyimpan rebung supaya tahan lebih lama, celur rebung terlebih dahulu hingga separuh empuk. Tos airnya dan masukkan rebung ke dalam bekas yang bertutup. Isikan bekas dengan air dan simpan di dalam peti sejuk.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )

MELEMBUTKAN DAGING

Campurkan beberapa helai daun nangka dalam masakan daging.  Biarkan seketika dan daging akan lebih lembut dan mudah dimakan.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )

UDANG TAHAN LAMA

Udang yang disimpan lama di dalam peti sejuk pastinya akan menjadi hitam di bahagian kepala dan kulitnya. Untuk menjadikan ia tahan lebih lama, campurkan dengan perahan air limau nipis. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa hari. Selamat mencuba.

( Sumber : Icip-Icip Agro 19.02.2013 )